Misi wajib menang KL Thunder

 Misi wajib menang KL Thunder

PETALING JAYA: Pasukan Kuala Lumpur Thunder kini meletakkan misi wajib menang dalam tiga perlawanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) minggu ini.

Kumpulan yang dikenali sebagai “underdog” telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila berjaya menewaskan beberapa kumpulan yang digeruni dalam saingan Liga Premier sebelum ini.

Kuala Lumpur Thunder memenagi kejuaraan dalam aksi perlawanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL)

Ia menyaksikan KL Thunder kini berada di tangga keenam dengan satu kemenangan dan satu kekalahan, sekali gus memaksa pasukan bimbingan Rashidi Nordin itu meletakkan misi wajib menang dalam ketiga-tiga perlawanan minggu ini.

Setelah berjaya meraihkan kemenangan menentang Bomba Fighter, cabaran buat KL Thunder akan mula dirasai apabila menentang Penang Black Panthers malam ini sebelum bertemu Perak Bison dan Selangor Pistons.

Menurut rekod corak permainan yang ditunjukkan KL Thunder, tiada masalah untuk mereka menetang pasukan Penang Black Panther kerana salah satunya menggunakan khidmat Syahir Rosdi sebagai senjata rahsia yang memiliki ramuan untuk bergelar juara.

Syahir Rosdi.

Syahir yang merupakan bekas tekong pasukan Penang Panther itu pastinya lebih arif dengan strategi corak permainan yang bakal ditonjolkan oleh pasukan lamanya, dan ini akan memudahkan KL Thunder untuk perolehi kemenangan malam ini.

Pertembungan KL Thunder dengan Penang Panther malam ini disifatkan sebagai permainan “buku bertemu ruas” apabila Penang Panther bakal berdepan dengan Syahir Rosdi selaku tekong mereka sebelum ini.

Jika KL Thunder berjaya meraih kemenangan malam ini, ia merupakan tonik terbaik buat mereka untuk mengekalkan kelayakan untuk mara ke peringkat seterusnya dalam perlawanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL).

Rasanya belum terlewat Wacana.my mengucapkan tahniah diucapkan kepada Thunder berjaya meraihkan kejayaan dalam aksi Piala Sumbangsih dan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2020 saingan Liga Premier.

Difahamkan juga, setelah tamatnya saingan STL 2020, Thunder akan menyambung latihan awal Januari sebagai persediaan bagi menghadapi Challenge Cup.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *