Miokarditis disebabkan virus, autoimun

 Miokarditis disebabkan virus, autoimun

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR: Penyakit miokarditis atau radang otot jantung kebiasaannya disebabkan oleh virus atau penyakit autoimun, dan hanya 25 kes dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19 bagi Februari hingga September tahun lalu.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, ia susulan kajian keselamatan vaksin Malaysia dikenali sebagai ‘Case-Based Monitoring of Adverse Events Following COVID-19 Vaccination (SAFECOVAC)’ dijalankan Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan (KKM)

Katanya, daripada jumlah itu, 14 kes dilaporkan berkaitan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer), sembilan berkaitan dengan vaksin CoronaVac (Sinovac) dan dua lagi membabitkan Oxford-AstraZaneca.

Sumber Foto : Utusan Malaysia, Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkata, ia dikesan selepas membabitkan 433,674 kemasukan ke 216 hospital bagi tempoh itu.

“Kajian SAFECOVAC mendapati, kadar sebenar kejadian miokarditis bagi setiap juta dos yang diberikan ialah 0.9 dalam kalangan penerima vaksin Comirnaty, 0.5 untuk CoronaVac dan 0.7 untuk vaksin Oxford-Astra Zaneca.

“Dalam kalangan mereka berumur di bawah 30 tahun, kadar sebenar berlakunya miokarditis adalah 0.87 setiap juta dos yang diberikan bagi Comirnaty dan 0.49 bagi CoronaVac, manakala bagi individu berumur 30 tahun ke atas, kadar sebenar miokarditis ialah 1.0 setiap juta dos bagi Comirnaty dan 0.6 bagi CoronaVac,” katanya dalam kenyataan, Jumaat lalu.

Dr Noor Hisham berkata, secara kesimpulannya berdasarkan keputusan kajian SAFECOVAC, data dari sistem Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)- kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan Real-World Data, konsisten dengan kejadian miokarditis yang sangat jarang berlaku, selepas menerima vaksin Comirnaty.

“Jika dibandingkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat miokarditis daripada jangkitan COVID-19. Tambahan pula, sebahagian besar kes miokarditis yang dilaporkan adalah ringan, terhad kepada individu, dan berupaya untuk sembuh dengan segera,” katanya.

Mengenai kebimbangan terhadap kes miokarditis dan perikarditis berkaitan dengan vaksin terutama yang menggunakan teknologi ‘Messenger Asid Ribonukleik’ (mRNA) termasuk Comirnaty bagi populasi remaja, Dr Noor Hisham berkata lebih 33 juta dos vaksin berasaskan mRNA, dikawal selia di negara ini.

“NPRA tidak mengesan sebarang ‘Safety Alert’ yang membuktikan kesan buruk vaksin Comirnaty, dan KKM memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan komited untuk terus memantau sebarang tanda amaran keselamatan kepada program vaksinasi, yang sedang berlangsung,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =