‘Mine” gabungan pertama Ac Mizal dan anak lelaki

 ‘Mine” gabungan pertama Ac Mizal dan anak lelaki

PETALING JAYA: Darah seni yang mengalir dalam tubuh artis versatil, Datuk AC Mizal, 49, kini dipanjangkan anak terunanya, Muhammad Reeve Damien berusia 18 tahun.

Legasi yang  diteroka  suami  kepada  Datin  Emylia  Rosnaida  ini  sejak  menganggotai kumpulan  rap  4U2C  meledak  di  era  90-an  ternyata  berkesinambungan.

Lamaran syarikat rakaman Universal Music Malaysia menyunting anaknya yang selesa dipanggil Damien disambut baik.

Penantian sekian lama juga cukup  berbaloi  biarpun  harus  menempuhi  situasi  tak  terduga pandemik  COVID-19  hingga  melengahkan  tempoh  waktu  perancangan  asal  single  sulung berjudul MINE dilancarkan.

Ac Mizal bersama anaknya Damien

Istimewanya juga, MINE buat julung kali menyaksikan gandingan pertembungan dua generasi antara pengacara popular itu dengan anaknya.

“Segala serbi mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan lagu ini membuatkan saya  teruja  dan  bangga.  Semuanya dibuat dengan  teliti.Untuk  single  pertama  anak  saya menyatukan  kami  dan  menjadi  sisi  lain  yang  buat  tersentuh  hati  dan  terharu.  Tak pernah terjangka semua ini akan berlaku dan tersusun cantik.”

“Penantian bertahun tahun yang saya pendam dan harap, benar benar direalisasikan. Akan datang  saya  dan  dia  akan  satu  pentas  membuat  persembahan.

Ia rasa yang tak terungkap dengan kata kata,” kata pemilik nama sebenar Mizal Zaini itu.

Kata AC yang pernah dua kali mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH itu, beliau berkata MINE juga   melihat   pertaruhan   anaknya   sebagai   penerbit   lagu, penulis   lirik   selain menyumbangkan vokal.

MINE yang bernuansa Pop R&B dan hip hop dicipta khas oleh Adam E, Freddie Laut dan ADL. Nukilan lirik pula gabungan idea Damien, AC di samping Adam E dan ADL.

“Lagu  ini sepatutnya  dilancarkan  tahun  lalu. Tapi siapa  mampu  menebak,  dunia  diserang wabak  COVID-19  hingga  sekatan  pergerakan  dilaksanakan.  Setahun juga menanti kerana perlu berdepan beberapa siri penangguhan.

“Jadi  ia  akhirnya  dibawa  tahun  ini.  Lagu  itu  dirakamkan  3  Januari  lalu.  Manakala  video muziknya   pula   dilunaskan   penggambarannya   pada   10   Oktober   lalu.

“Saya   serahkan tanggungjawab  memberi  nyawa  untuk  lagu  ini  kepada  anak.  Lagipun anak  saya  lebih  arif dengan apa yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang,” katanya.

Menurut anak Ac Mizal, Damien berkata, dia berasa bersyukur dan dirahmati dapat  sama  sama  bapa  tersayang melengkapkan portfolio single berkenaan.

“Saya membesar  dengan  melihat  perjalanan  dan  perjuangan  bapa  mengejar  cita  cita  serta impiannya. Bapa mencipta jaya dengan hebat dalam industri hiburan tempatan.

“Fasa   awal, saya   sejujurnya   tak   dapat   menyembunyikan   resah   gelisah   kerana   tiada pengalaman.  Tapi bapa  banyak  membantu  dan  buat  saya  rasa  selesa  serta tidak  canggung. Tanpanya, semua ini tidak mungkin terjadi,” kata Damien.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  26  =  27