Mimi ubah persepsi dengan produk Demica

 Mimi ubah persepsi dengan produk Demica

Nik Amirah Syahmimi dan Nik Muhd Syahiman (tengah) pada majlis penyampaian hadiah kereta mewah, di sini Mac lalu

Oleh Ama Alias

 

KOTA BHARU: Sejak enam tahun lalu, usahawan muda, Nik Amirah Syahmimi Nik Mahmood, 27, sentiasa berusaha mengikis tanggapan hanya yang bekerja makan gaji dan berusia sahaja boleh kaya mahupun bergelar jutawan.

Sebaliknya, beliau menjadikan perniagaan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan sekali gus meraih pendapatan yang tinggi tanpa mengira latar belakang akademik, kehidupan mahupun kekangan masa.

Oleh itu, seawal usia 23 tahun, Nik Amirah Syahmimi yang mesra disapa Mimi berusaha keras menjadikan dirinya contoh dengan mempunyai syarikat kosmetik dengan jenama Demica HQ Beauty Sdn Bhd.

Mimi berkata, sejak ditubuhkan pada 2015, beliau telah melatih lebih 3,000 usahawan seluruh Malaysia dan ada pesertanya kini mampu mencapai jualan ribuan ringgit sebulan dan ada yang sudah mencapai jualan RM3 juta setahun.

Lebih membanggakan, katanya, pencapaian itu diraih usahawan bimbingan Demica HQ Beauty yang kebanyakan kalangan suri rumah, pelajar universiti dan belia yang berusia belasan tahun hingga 20-an.

“Saya masih ingat, permulaan memperkenalkan produk, saya mengajak beberapa rakan rapat. Saya tunggu sehingga berjam-jam lamanya, namun tiada yang muncul dan sudi menjadi dropship di bawah saya.

“Saya menangis namun tetap tidak putus asa memperkenalkan jenama yang dulunya dikenali dengan Syahmimi Beauty sebelum dijenamakan semula dengan nama Demica yang membawa maksud Demi Cantik yang kedengaran lebih ‘catchy’,” katanya.

Mimi percaya, beliau sendiri harus memajukan diri sendiri sebelum mendapat kepercayaan orang lain dengan cara menambah ilmu berkenaan selok-belok perniagaan, cara memasarkan produk, melatih dropship dan agen serta penambaikan produk.

Beliau yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Demica berkata, faktor sentiasa aktif mempromosi di laman sosial dan menjadikan platform dalam talian sebagai sumber utama penjualan produk kosmetiknya menjadikan Demica mampu bertahan meskipun ketika pandemik COVID-19 melanda negara, sejak tahun lalu.

Mimi juga kerap menunjuk ajar usahawannya mengenai kaedah dan kemahiran menguasai laman sosial serta menggunakan teknologi terkini seperti memanfaatkan telefon pintar dan aplikasi penjualan digital bagi mendapatkan pelanggan.

Beliau berkata, sebagai penghargaan, Demica juga sering mengadakan majlis makan malam dan penghargaan kepada usahawannya yang mencapai jualan tertinggi, aktif dalam perniagaan dan pelbagai penghargaan lain.

Ini termasuk menghadiahi dua usahawannya, Fatin Norsyazira Naza dan Muhammad Hanzalah Mohd Lazi dengan dua kereta mewah sempena majlis Demica Outstanding Awards 2020, Mac lalu.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14  −    =  7