Milwaukee Bucks akhiri kemarau 50 tahun. Giannis menang MVP

 Milwaukee Bucks akhiri kemarau 50 tahun. Giannis menang MVP

MILWAUKEE, 21 Jul — Giannis Antetokounmpo menjaringkan 50 mata ketika Milwaukee Bucks meraih gelaran NBA pertama mereka selama 50 tahun dengan kemenangan 105-98 ke atas Phoenix Suns, pagi tadi.

Giannis Antetokounmpo memenangi gelaran NBA Finals MVP

Kemenangan siri 4-2 Bucks itu dimeterai di hadapan 17,000 orang manakala 65,000 lagi penonton meraikannya di luar Stadium Fiserv Forum.

Mereka hanya pasukan kelima yang memenangi siri terbaik daripada tujuh selepas tewas dua perlawanan pertama.

“Saya gembira dapat melakukannya bersama pasukan ini untuk Milwaukee,” kata Antetokounmpo.

Antetokounmpo menyamai prestasi Michael Jordan dan Hakeem Olajuwon yang mengumpulkan gelaran MVP musim biasa, MVP NBA Final serta pemain pertahanan NBA terbaik tahun ini.

Phoenix Suns turut mencari mahkota NBA pertama dalam sejarah 53 tahun mereka, setelah kalah pada dalam NBA Finals tahun 1976 dan 1993.

Namun, mereka tidak mampu untuk mengekang Antetokounmpo, yang menjadi pemain ketujuh yang mencatatkan 50 mata dalam perlawanan Akhir.

Jurulatih Bucks, Mike Budenholzer menggambarkan pemain Greece itu sebagai “manusia istimewa”.

“Saya telah belajar banyak daripadanya. Dia pemimpin yang istimewa,” katanya.

Budenholzer baru berusia empat tahun ketika legenda NBA Kareem Abdul-Jabbar dan Oscar Robertson memimpin Bucks ke satu-satunya gelaran NBA mereka pada tahun 1971.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *