Microsoft umum Windows 11, boleh guna aplikasi Android

 Microsoft umum Windows 11, boleh guna aplikasi Android

WASHINGTON, 25 Jun — Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Windows, awal pagi hari ini mengumumkan sistem operasi terbarunya Windows 11, yang boleh dimuat turun secara rasmi pada hujung tahun ini.

Dalam acara virtual itu, fokus utama Windows 11 adalah dalam meningkatkan prestasi dan multitasking, selain menyelaraskan pengalaman pengguna seperti User Interface (UI) dan User Experience (UX) melalui penambahbaikan kosmetik.

Selain itu, Windows 11 juga menyokong penggunaan aplikasi Android yang boleh dimuat turun di Amazon Appstore melalui Windows Store yang termasuk dalam sistem operasi berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Produk Windows, Panos Panay berkata pasukannya telah memerhatikan setiap perincian termasuk menyertakan mod gelap dan terang yang diperbaharui dan kelihatan jauh lebih baik daripada Windows sebelum ini.

Microsoft menunjukkan demonstrasi aplikasi seperti TikTok, Uber dan Yahoo yang berjalan pada Windows 11 hari ini.

Aplikasi Android di Windows 11 adalah jawapan yang jelas untuk melawan satu lagi syarikat gergasi teknologi AS, Apple, dengan cip M1 mereka yang menjalankan aplikasi iOS di macOS.

Bagi menjayakan teknologi tersebut, Windows menjalinkan kerjasama dengan Amazon serta teknologi terbaru Intel, iaitu Intel Bridge.

Windows merancang untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai perkara ini dalam beberapa bulan mendatang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *