MHO gesa Kedutaan Filipina segerakan proses keluarkan warganya di depoh tahanan

 MHO gesa Kedutaan Filipina segerakan proses keluarkan warganya di depoh tahanan

KUALA LUMPUR 14 September 2021. Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation, Datuk Hishamuddin Hashim mengadakan sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan Filipina. WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 14 sept — Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada Selasa menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Filipina memohon untuk menyegerakan proses pengeluaran warganegaranya yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu, Sabah

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim menganggap kelewatan tersebut yang disebabkan kelewatan proses pengeluaran ‘Travel Document’ dari Kedutaan Filipina adalah satu krisis kemanusiaan yang tidak patut berlaku.

Antara gambar tahanan yang dipercayai masih dalam depoh tahan di Sabah. WMY/Supian Ahmad

“Proses pengeluaran ‘Travel Document’ yang lambat oleh Kedutaan Filipina menyebabkan ada yang ditahan melebihi tempoh satu tahun dan keadaan ini tidak munasabah.

“Ada diantara mereka yang ditahan ini lumpuh, sakit, alamai gangguan emosi yang teruk akibat daripada tempoh penahanan yang terlampau lama.

“Kedutaan Filipina sepatutnya lebih praktikal dengan mengambil kira kos yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia dalam menanggung semua warganegara Filipina yang berada di depoh tahanan tersebut,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Filipina, di sini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin mencadangkan pihak Kementerian Dalam Negeri, Kedutaan Filipina dan Kerajaan Negeri Sabah untuk duduk semeja dan membincangkan permasalahan tersebut atas dasar kemanusiaan.

“MHO melihat satu mekanisma yang mudah dan teratur perlu dilaksanakan bagi memudahkan pergerakkan perjalanan tahanan untuk pulang ke negara asal dalam kadar segera tanpa membiarkan mereka ditahan terlalu lama di depoh Imigresen.

“Pihak Kementerian Dalam Negeri, Kedutaan Filipina dan Kerajaan Negeri Sabah perlu duduk semeja dan berbincang bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

“Jangan sampai ada yang mati beramai-ramai di depoh tahanan kerana pihak kami sudah mendengar bahawa sudah dua kali berlaku rusuhan di pusat tahanan sementara tersebut.

“Jadi kami minta, pihak yang berwajib untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana ini adalah satu isu kemanusiaan,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  60  =  66