MFL harap Liga-M berjalan lancar di sebalik pandemik COVID-19

 MFL harap Liga-M berjalan lancar di sebalik pandemik COVID-19

PUTRAJAYA, 1 Mac — Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) bergambar bersama Majlis Tertinggi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas menyempurnakan majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 hari ini. Turut hadir Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin (dua, kiri). –foto BERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 1 Mac — Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 yang dijadual bermula pada 5 Mac, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan harapan baharu serta visi dan misi lebih gemilang demi kemampanan industri bola sepak negara.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata matlamat utama ialah memastikan kelangsunganĀ industri sukan nombor satu negara itu di sebalik penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dalam usaha berterusan mengekang penularan COVID-19.

Beliau turut berharap perjalanan Liga-M musim ini berjaya disempurnakan seperti dirancang selain dapat menarik masuk lebih banyak penajaan sekali gus memanfaatkan pasukan bertanding yang tidak terkecuali terkesan impak pandemik itu.

ā€œKita perlu fokus mengenai COVID-19 di samping memastikan kelangsungan industri bola sepak tempatan dijalankan seperti kata Menteri Belia dan SukanĀ selepas ini kita akan cuba bawa secepat mungkin penyokong ke stadium secara beransur-ansur.

ā€œDiharapkan juga saingan Liga Super dan Liga Premier diteruskan hingga ke Piala Malaysia dengan menjadi satu pertandingan yang kompetitif sebagai menyiapkan pasukan kebangsaan pada Jun nanti,ā€ katanya pada sidang media majlis pelancaran Liga-M 2021 di sini.

Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican dalam ucapannya percaya dengan persiapan rapi dan pematuhan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MFL, saingan Liga-M 2021 bakal menjanjikan sesuatu yang luar biasa.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berucap pada majlis pelancaran Liga Malaysia 2021 hari ini.
–foto BERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Katanya kebenaran khas untuk Liga-M berlangsung dan pasukan-pasukan untuk memulakan latihan atas dua dasar pertimbanganĀ iaitu kerajaan memahami keperluan serta kelangsungan hidup semua yang terlibat dalam ekosistem bola sepak.

ā€œ…dan kedua, atas kepercayaan mereka (kerajaan) kepada disiplin komuniti sukan tanah air di mana keyakinan mereka kepada kita semua dalam industri bola sepak yang sangat berdisiplin dan pasti akan mematuhi SOP telah ditetapkan,ā€ kata Reezal Merican.

Musim Liga-M 2021 menyaksikan 23 pasukan, iaitu 12 pasukan Liga Super dan 11 Liga Premier, merebut mahkota kejuaraan dan melibatkan keseluruhan 242 perlawanan.

Kempen Liga-M akan membuka tirai dengan pertembungan di antara juara Liga Super 2020 Johor Darul Taā€™zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar PuteriĀ pada Jumaat ini.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =