Mesti menang menentang Laos – Luqman Hakim

 Mesti menang menentang Laos – Luqman Hakim

Luqman Hakim,

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Hanya kemenangan menjadi misi skuad muda negara apabila turun menentang Laos dalam aksi sulung Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia Bawah-23 tahun 2022 di Mongolia, petang esok.

Menyedari tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan lawan, penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin berkata beliau dan rakan-rakannya, sudah bersedia untuk memulakan kejohanan kelayakan itu dengan kemenangan, di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar.

“Semestinya menang, itu sasaran pasukan. Kita tak nak kalah, tak nak seri, cuma mahu menang sahaja buat rakyat Malaysia…semua pemain kena lakukan sesuatu, kita semua mahu menang esok,” katanya menerusi video dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada media hari ini.

Pemain berusia 19 tahun yang beraksi dengan kelab KV Kortrijk di liga utama Belgium itu, mengakui perlu bersedia dan bijak untuk mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan sekiranya mereka merancang untuk ‘merantai’ pergerakan beliau.

“Bagi saya itu tiada masalah, (jika) itu perancangan mereka, jurulatih Brad Maloney pun ada perancangannya sendiri, dengan perancangan teknikal untuk Malaysia. Itu biasalah, sebagai penyerang mesti ada orang sasarkan, saya kena bijak dan jangan ambil mudah,” jelasnya.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *