• Thursday, 17 June 2021, 2:12 pm

Menyamar pegawai LHDN, Macau Scam kaut untung lebih RM15.26 juta

 Menyamar pegawai LHDN, Macau Scam kaut untung lebih RM15.26 juta

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Sindiket penipuan Macau Scam mempunyai pelbagai taktik licik menipu mangsa.

Antaranya ialah menipu orang ramai dengan membuat panggilan dan mengaku sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Polis Diraja Malaysia berhubung aktiviti penyamaran sebagai pegawai LHDN oleh pihak tertentu bagi tempoh dari 1 Januari hingga 27 Mei lalu melibatkan kerugian lebih RM15.26 juta.

Sebanyak 556 kes dilaporkan dengan melibatkan modus operandi menghubungi mangsa melalui panggilan telefon.

Selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDN, suspek seterusnya menyatakan syarikat atau perniagaan mangsa masih mempunyai tunggakan cukai yang perlu dilunaskan.

ā€œMangsa yang keliru dengan panggilan ini akan menafikan dan seterusnya panggilan akan disambungkan pula kepada individu yang menyamar sebagai polis, pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau pegawai dari agensi penguatkuasa yang lain dan memaksa mangsa untuk membuat laporan rasmi.

ā€œMangsa seterusnya dikaitkan pula dengan kegiatan pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau kegiatan jenayah yang lain sehinggakan mangsa menjadi panik dan mereka diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan termasuklah nombor TAC/OTP,ā€ katanya

Mangsa hanya akan mula menyedari mereka ditipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka telah dipindahkan ke akaun bank pihak ketiga dan suspek tidak dapat dihubungi semula.

Sehubungan itu, LHDN menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan lakukanlah pengesahan dengan LHDN terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran.

LHDN turut menegaskan agensi itu tidak membincangkan hal-hal berkaitan percukaian melalui panggilan telefon peribadi.

Sebaliknya, sebarang permohonan maklumat daripada pembayar cukai dan arahan pembayaran cukai tertunggak akan dilakukan melalui surat atau e-mel rasmi yang menggunakan domain @hasil.gov.my.

Selain itu, bagi pembayaran cukai juga, pembayar cukai hendaklah memastikan bayaran cukai dibuat kepada LHDN bagi memastikan bayaran tersebut benar-benar masuk ke akaun LHDN dan seterusnya mengelakkan diri daripada ditipu olehĀ scammer.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *