Menteri Wilayah bertemu Uncle Kentang mahu bantu warga Wilayah

 Menteri Wilayah bertemu Uncle Kentang mahu bantu warga Wilayah

Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa bertemu Uncle Kentang di Kementerian Wilayah

KUALA LUMPUR, 23 Feb —  Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa hari  ini mengadakan satu pertemuan dengan aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu membincangkan nasib warga Wilayah Persekutuan yang bertarung masalah kehidupan akibat pandemik COVID-19.

Antara kes utama yang dibincangkan ialah nasib seorang warga emas yang tinggal seorang diri dalam keadaan daif didalam kawasan semak di Salak Selatan.

Kes tersebut perlu perhatian segera kerana warga emas itu telah tinggal disana selama tiga tahun dan kawasan semak itu dipenuhi haiwan berbisa seperti ular dan lipan.

Selain itu, Kuan turut mengucapkan terima kasih bagi pihak ibu tunggal yang menjalankan perniagaan kecil sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbincang dengan Uncle Kentang, mencari kaedah terbaik

“Kebenaran menjaja yang Tan Sri berikan kepada penjaja ibarat memberi nyawa kepada mereka,” katanya

Menurut Kuan penjaja berniaga demi kelangsungan hidup, bukan mereka mengejar kekayaan semata-mata.

“Kebanyakkan mereka berniaga demi menyediakan keperluan keluarga dan anak-anak, ada yang berniaga untuk membeli lampin pakai buang, susu dan makanan,” katanya.

Justeru arahan yang membenarkan penjaja berniaga dikawasan selanat sekitar Kuala Lumpur amat membantu warga kota yang kesusahan.

Kuan turut memberi ringkasan maklumat tentang kerja amal dilakukannya melibatkan ambulans dan van jenazah.

Annuar Musa sebelum ini menyatakan komitmennya untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan.

Bagi tujuan tersebut, Annuar mengadakan perjumpaan dengan pelbagai NGO yang aktif membantu rakyat bagi membincangkan kaedah terbaik serta mendapatkan gambaran lebih tepat tentang permasalahan rakyat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3  +    =  4