Menteri Umno dalam kabinet sepakat terus kekal – PM

 Menteri Umno dalam kabinet sepakat terus kekal – PM

–fotoBERNAMA (2021)

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media berikutan kehadiran barisan Menteri dari UMNO yang telah menemui beliau pada 29 Mac lalu mengenai kedudukan mereka di dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

Perdana Menteri telah menasihati mereka untuk terus kekal dalam kabinet demi kepentingan rakyat dan negara.

Menurut Perdana Menteri melalui kenyataan media tersebut, tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau tidak mahu perletakkan jawatan mereka akan menjejaskan tumpuan utama tersebut dan kesepakatan telah dicapai dalam perjumpaan tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  61  =  71