Menteri digesa turun padang, selesai masalah rakyat segera – Armand Azha

 Menteri digesa turun padang, selesai masalah rakyat segera – Armand Azha

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi digesa untuk turun padang meninjau dan melihat sendiri keadaan sebenar bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kini berada di tahap yang membimbangkan.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Menteri perlu mengambil peduli isu kenaikan harga barang serta menggelak mengeluarkan kenyataan menguriskan hati rakyat.

“Saya merayu kepada Menteri KPDNHEP untuk turun ke lapangan untuk lihat apa yang berlaku. Jangan keluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh dilihat boleh mengguris perasaan rakyat dalam keadaan kita sedang diuji dengan masalah ekonomi dan tekanan pelbagai sudut serta masalah penggangguran.

“Penting kepada kerajaan hari ini khasnya kepada Menteri berkaitan, janganlah cakap harga barang naik pada kadar biasa. Turunlah, jangan main-main perkara ini,” kata Armand lagi.

Dalam masa yang sama, Armand meminta Menteri Pertanian dan Industri Makanan untuk melihat masalah peningkatan harga barangan pertanian termasuk perladangan. 

“Menteri Pertanian juga perlu lihat kenaikan harga baja dan barangan pertanian, sekiranya tidak mencari jalan penyelesaian, perkara ini tidak menguntungkan rakyat.

“Ini perkara yang patut diambil peduli dan diberi keutamaan untuk kesejahteraan rakyat. Perlu diingat janji 100 hari yang dibuat untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Atau korang ni memang nak sabotaj Perdana Menteri?

“Kepada Menteri Kewangan ini bukan masa nak menaikkan cukai, setem duti sebagainya, ini masa untuk menaikkan FDI (pelaburan langsung asing) ke dalam negara. RM84 bilion hilang dalam masa tiga minggu di Bursa Saham Kuala Lumpur kerana dasar baru,” katanya dalam satu kenyataan menerusi video hari ini kepada Wacana.my.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  2  =