Mentari Court dikenakan PKPD

 Mentari Court dikenakan PKPD

PETALING JAYA 01 JULAI 2021. Pangsapuri Mentari Court dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat sehingga 14 Julai. WMY/SUPIAN AHMAD

Oleh Supian Ahmad

PETALING JAYA,1 Julai 2021 — Pangsapuri Mentari Court merupakan satu daripada tiga lokaliti di daerah Petaling, Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 14 Julai ini melibatkan selain PJS 8 dan Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite–PKNS.

Penduduk di Pangsapuri Mentari Court mengambil peluang untuk menambah bekalan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat sehingga 14 Julai. WMY/SUPIAN AHMAD

Bermula hari ini hingga 14 Jun kawasan terbabit yang melibatkan penduduk tempatan serta warga asing dikenakan PKPD selepas merekodkan jangkitan tinggi COVID-19.

Mentari Court yang mempunyai 17,000 penghuni dengan keluasan kawasan 1.6 kilometer persegi. Daripada jumlah itu, 40 peratus penduduk adalah warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian berhampiran.

Anggota polis dan tentera berkawal di Pangsapuri Mentari Court yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat sehingga 14 Julai. WMY/SUPIAN AHMAD

Ketika tinjauan wacana.my, kelihatan pihak Polis turut dibantu agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Pejabat Tanah Daerah (PTD) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tugas-tugas pelaksanaan PKPD.

Penduduk di Pangsapuri Mentari Court melihat suasana di luar semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat sehingga 14 Julai. WMY/SUPIAN AHMAD

Pemasangan dawai bermula jam 9.30 pagi tadi, manakala ujian saringan COVID-19 terhadap penduduk pula akan dijalankan secara berperingkat bermula Jumaat.

Supian Ahmad

supianahmad@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  1