MEMANG sukar untuk menerima kehilangan orang yang dikasihi, lebih lagi bila kita tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada si mati yang telah lama diletakkan dalam bilik kuarantin dek kerana pandemik COVID-19
Sudahlah begitu, ketika jenazah dibawa ke krematorium, ahli keluarga juga tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah kerana ia sudah disyaratkan dalam peraturan pengurusan mayat yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak penularan yang mungkin berlaku.
Wacana.my berpeluang mengikuti perjalanan pengurusan bagi mangsa COVID-19 bukan islam yang akan dibakar di Pusat Pembakaran Mayat Bliss Garden yang diuruskan secara profesional dan teratur.