Mengukuhkan Ekosistem Impak di Malaysia dan Lebih Jauh Demi Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan

 Mengukuhkan Ekosistem Impak di Malaysia dan Lebih Jauh Demi Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan

Putrajaya, Malaysia – Dalam situasi semasa pandemik COVID-19 dan krisis perubahan iklim yang sedang melanda, jelas bahawa terdapat keperluan segera untuk mempercepatkan usaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG). Malah, cabaran untuk mencapai SDG bukan sahaja melibatkan peruntukan sumber kewangan, tetapi lebih kepada usaha memanfaatkan sumber yang lebih komprehensif – termasuk bakat, ilmu pengetahuan, kemahiran keusahawanan dan tenaga insan, demi mencapai Agenda 2030.

Hakikatnya ialah amalan perniagaan biasa kini tidak boleh diterima pakai lagi. Tetapi kita tidak perlu bimbang kerana kini terdapat pilihan pembangunan alternatif. Sebagai contoh, pelaburan untuk membina ekonomi lestari dengan pengeluaran karbon bersih sifar yang mampu menangani perubahan iklim akan mewujudkan kitaran positif yang menjana pertumbuhan mampan, di samping meningkatkan peluang pekerjaan dan kejayaan. Berasaskan pengalaman selama bertahun-tahun, Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah memahami peranan penting yang dimainkan oleh perusahaan sosial dan perniagaan berlandaskan impak sosial untuk menangani pelbagai cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar menerusi penyelesaian teknologi dan model perniagaan yang mampan. Namun begitu, perubahan kepada kaedah pembangunan baharu memerlukan transformasi yang lebih sistematik dan mendalam, yang bukan sahaja tertumpu kepada usaha dalam merapatkan jurang kewangan.

Inisiatif inovasi sosial seperti program Pemangkin Cabaran Impak Sosial atau Social Impact Challenge Accelerator (SICA) yang baru sahaja tamat ini memainkan peranan penting dalam usaha mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh pelopor inovasi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk memupuk dan meluaskan penyelesaian yang mampu menyumbang ke arah masyarakat yang lestari, firma modal teroka dan institusi kewangan perlu memainkan peranan penting untuk mengukuhkan keupayaan mereka mencari, melabur dan meningkatkan keupayaan perniagaan berprestasi tinggi dengan menawarkan penyelesaian yang mencetus transformasi dan menghasilkan impak kepada pasaran, sejajar dengan matlamat SDG. “Para pelabur kini semakin komited untuk memainkan peranan membina dunia yang lebih berdaya tahan dan lestari. Momentum bagi pelaburan yang memenuhi matlamat SDG semakin kukuh dan mencetus perubahan besar dalam suasana pelaburan di peringkat global dan juga

Menyedari hakikat bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah pemacu penting ekonomi Malaysia, iaitu mewakili 97.2% daripada semua perniagaan dan menyumbang 38.2% daripada KDNK pada 2020 – inisiatif bersama seperti program Pemangkin Impak Perniagaan yang dilaksanakan pada Fasa 2 kerjasama SICA dengan firma modal teroka terkemuka, 500 Global, boleh menyumbang kepada usaha negara kita memcepatkan pencapaian SDG dengan meluaskan perniagaan yang mencetus transformasi dan berimpak tinggi, di samping memperkenalkan syarikat-syarikat pemula Malaysia yang membawa kesan positif kepada firma-firma modal impak global.

Di bawah usaha sama antara UNDP-MaGIC, program SICA telah berganding bahu dengan 500 Global bagi memecut pertumbuhan perniagaan impak dengan menyasarkan lima bidang utama; (i) menambah baik perkhidmatan untuk warga Malaysia yang lanjut usia; (ii) mengubah sisa sungai menjadi sumber hasil; (iii) mendidik demi masa depan; (iv) mempelopori inovasi bagi kanak-kanak; (v) menerajui impak sosial – menerusi syarikat pemula.

Untuk terus mengukuhkan pembangunan ekosistem impak di Malaysia, sebuah perbincangan dasar peringkat tinggi telah diadakan sempena Hari Pembentangan Perniagaan SICA bagi mengenal pasti jurang dan mendapatkan penyelesaian demi mengetengahkan isu-isu dan peluang bagi membina ekosistem impak yang lebih matang dan teratur. Dialog ini dihadiri oleh wakil-wakil penting daripada Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Khazanah Nasional Berhad dan 500 Global. MRANTI ialah sebuah agensi yang ditubuhkan baru-baru ini hasil penggabungan antara MaGIC dan Technology Park Malaysia (TPM).

Kesimpulan penting daripada perbincangan ahli-ahli panel termasuk:

  1. Istilah Pelaburan Impak sering ditakrifkan sebagai tujuan untuk menghasilkan keputusan sosial positif, terutamanya apabila diguna pakai dalam skala lebih besar. Penyelesaian teknologi dan inovasi telah menjadi peneraju bagi melaksanakan penyelesaian untuk menangani isu-isu sosial dan alam sekitar.
  2. Terdapat keperluan bagi cara yang boleh dipercayai untuk mentakrifkan, mengukur dan menjadikan impak lebih mudah dilaksanakan. Apabila impak diukur dengan sewajarnya dan diketengahkan, lebih banyak pihak berkepentingan akan memandang serius impak tersebut.
  3. Pembina ekosistem impak memerlukan pendekatan jangka pertengahan hingga panjang. Kesedaran dan penerimaan terhadap pelaburan impak perlu dipertingkatkan bagi pelaburan berskala besar untuk mencetus kesan positif.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *