Mengawal Monopoli Gergasi Untuk Kemakmuran Semua

 Mengawal Monopoli Gergasi Untuk Kemakmuran Semua

Syarikat grab berasal dari Malaysia. Anak kepada pengedar syarikat kereta Nissan di Malaysia, Tan Chong Motor. Mereka mula beroperasi selepas kemerdekaan pada tahun 1957 oleh Tan Yuet Foh dan Tan Kim Hor, dengan cita-cita mengimport dan menjual kereta Datsun dari Jepun. Mereka berjaya secara tidak langsung kerana hasil kemakmuran negara yang diperjuangkan oleh pahlawan-pahlawan tanahair dan toleransi antara kaum di bumi bertuah Malaysia.

Kini cucu mereka yang dihantar belajar ke Universiti Harvard Amerika Syarikat, Anthony Tan merupakan usahawan berjaya di rantau Asia Tenggara. Beliau merupakan pengasas Grab. Anthony menubuhkan Grab ada tahun 2012, hampir $350 juta dolar telah dilaburkan dipermulaan 3 tahun pertamanya. Beruntung kerana mempunyai keluarga yang mempunyai poket yang tebal.

Awal Disember baru-baru ini Grab telah disenaraikan di bursa saham Nasdaq di Amerika Syarikat dan kini Grab bernilai $40 bilion dolar. Mereka juga melabur dengan banyak di dalam R&D, mengambil pekerja dari facebook untuk kelancaran aplikasi dan beroperasi sepenuhnya di negara jiran, Singapura.

Tidak sampai 2 minggu selepas kejayaan di Amerika Syarikat, Grab kembali ke Malaysia untuk membeli rangkaian pasaraya peruncitan premium iaitu Jaya Grocer. Pemerolehan itu dianggarkan bernilai RM1.8 bilion. Satu nilai yang kecil berbanding nilai Grab itu sendiri.

Di dalam perniagaan ia adalah satu kejayaan perniagaan. Ia boleh dijadikan sumber inspirasi. Dari sudut ekonomi negara dan kepenggunaan, kita perlu berhati-hati kerana ia akan mewujudkan monopoli.

Kita tidak harus mengecilkan skop monopoli hanya dari sudut tender kerajaan semata-mata di mana ramai usahawan Melayu bertarung dan berebut di sektor ini. Di pasaran terbuka dalam negara, di mana relatifnya kecil berbanding seperti pasaran Indonesia, Amerika Syarikat mahupun China, peranan kerajaan penting supaya semua pihak dapat merasai kek ekonomi dan pertumbuhan yang adil serta saksama.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) boleh melihat isu monopoli dan persaingan terutama melibatkan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan meliputi rentas sektor ekonomi di negara ini yang memberi kesan negatif kepada pengguna. Ia penting bagi menjamin keadilan sosial pengguna dalam jangka masa panjang agar tidak terkesan dengan aktiviti monopoli penggabungan dan pengambilalihan yang tidak terkawal.

Aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang tidak terkawal juga boleh menggugat pesaing dalam pasaran malah mampu mengurangkan pesaing secara substantial dalam pasaran. Ia akan memberi kesan unilateral dan kesan koordinasi dalam pasaran yang akhirnya memberi kelebihan kepada perusahaan untuk mempengaruhi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.

Dulu guna teksi, sekarang Grab kerana lebih selamat bersih dan murah. Dulu beli barang sendiri, sekarang minta Grab belikan, penghantaran Tesco juga tidak mampu bersaing dengan Grab (kini Tesco telah diambil alih firma Thailand; Lotus).

Restoran-restoran menggunakan Grab untuk menghantar makanan yang dipesan kerana kadang-kala ada promosi harga yang murah dan disubsidi oleh Grab – pengguna suka, penghantar syarikat lain tidak mampu untuk memberikan promosi tersebut kerana volume mereka tidak sebesar Grab.

Kini Grab sedang memasuki sektor peruncitan pasaraya, adakah selepas ini peruncit kecil akan terus gulung tikar kerana terpaksa mengikuti arus Grab di dalam menentukan harga pasaran dengan market yang lebih meluas. Ini bermaksud Grab akan mengawal dari ‘A to Z’.

Bagaimana syarikat penghantaran start-up e-hailing yang baru ? Pastinya kelebihan pada Grab kerana barangan runcit adalah milik mereka sendiri. Promosi yang akan dilakukan sudah pasti akan mengalahkan syarikat penghantar biasa. Maka e-hailing dan syarikat baru ini akan berkubur. Tiada persaingan secara tidak langsung. Pengguna akan menggunakan Grab. Beza harga di pasaraya lain juga mungkin tidak menarik berbanding Grab kerana mereka mempunyai pasaraya sendiri.

Kerajaan harus secara aktif terlibat di dalam mengawal pasaran pemain industri besar berbanding pemain kecil yang baru merangkak. Kita boleh lihat banyak syarikat-syarikat bumiputera yang baru, yang bercita-cita dan mempunyai potensi yang sama seperti Grab, tetapi kekurangan mereka adalah mereka tidak mempunyai modal asal sebanyak RM300 juta dari keluarga untuk bermula dan persaingan yang sukar dari gergasi seperti Grab.

Era digital adalah peluang terbaik untuk meningkat ekonomi kaum bumiputera dan merapatkan jurang kejayaan dan kekayaan. Tetapi jika kita tiada semangat dan cita-cita dengan bersungguh-sungguh dalam melahirkan gergasi bumiputera yang baru, maka sekali lagi kita akan ketinggalan di dalam bidang digital.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam sektor ekonomi telah diakui gagal bagi mengurangkan jurang kekayaan antara kaum. Kaum Cina masih mendapat manfaat secara tidak langsung dari pembelian bahan mentah, kepakaran dan sebagainya dari DEB itu sendiri. Adakah era digital ini kita juga akan gagal lagi pada dekad mendatang di dalam melahirkan gergasi bumiputera ?

Bakat, kerja keras dan sokongan kewangan amat penting di dalam melahirkan usahawan-usahawan bumiputera di era digital, di samping suasana pasaran yang adil dan makmur. Jangan tinggalkan anak-anak kita di bawah. Inilah perjuangan sebenar pemimpin-pemimpin untuk negara di era moden.

Grab adalah satu contoh kejayaan bagi rakyat Malaysia bahawa kita boleh menakluki dunia jika bersungguh-sungguh, bekerja keras dan mempunyai sokongan dari pelbagai sudut. Malaysia Boleh !

Razrul anwar rusli

http://Bersatu

ezurazz@gmail.com

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  −  45  =