• Sunday, 20 June 2021, 2:29 pm

Mengapa kaitkan dengan pesakit HIV – NGO

 Mengapa kaitkan dengan pesakit HIV – NGO

SHAH ALAM, 8 Jun — Kelab Belia Kebajikan Setia Alam (KBKSA) mahu media dan rakyat lebih peka tentang stigma dan diskriminasi yang mengelubungi pesakit Human Immunodeficiency (HIV).

Dalam sebuah kenyataan, jurucakap KBKSA mengulas siaran berita rintihan bekas pesakit COVID-19 oleh sebuah media arus perdana baru-baru ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah berkali-kali mengingkatkan masyarakat mengenainya dan usaha menamatkan epidemik HIV/AIDS di Malaysia akan terbantut sekiranya stigma dan diskriminasi terus menerus berlaku dalam masyarakat,” katanya.

Justeru, masyarakat harus sedar tiada manusia mana pun berhak untuk dilayan dengan buruk walapun apa pun virusnya.

“Walaupun apa pun pandemik dan epidemik yang melanda masyarakat, apa yang penting adalah bagaimana kita terus memberi sokongan penuh dan mengangkat martabat semua warga yang terkesan dengannya,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, pelajaran penting dari pandemik COVID-19 ini ialah betapa pentingnya untuk kita jaga kita, tak kiranya apa pun status kesihatan kita semua.

KBKSA merupakan sebuah NGO yang membantu memperkasa, mengupaya dan melindungi belia yang menghidap HIV/AIDS. Matlamat mereka adalah kearah mencapai Malaysia bebas AIDS serta lengkap ilmu dan celik kesihatan seksual.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan rintihan pesakit Covid 19 yang menyamakan layanan seperti pesakit HIV oleh masyarakat.

Dalam artikel tersebut, pesakit COVID-19 merayu kepada masyarakat agar mereka tidak dilayan seperti pembawa virus HIV dan meminta semua pihak memahami emosi pesakit.

Rintihan tersebut adalah dari seorang pesakit COVID-19 yang juga merupakan kakitangan hospital swasta di Pulau Pinang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *