Mengamuk langgar kereta orang, lelaki diburu polis

 Mengamuk langgar kereta orang, lelaki diburu polis

SENTUL, 20 Jun – Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang merupakan suspek pergaduhan yang melibatkan tiga buah kenderaan di sebuah kawasan perumahan di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata suspek yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan itu, bertindak mengamuk selepas melanggar kereta dihadapannya.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai

“Pengadu yang merupakan saksi kemalangan ingin meleraikan pergaduhan tersebut namun diserang secara tiba-tiba oleh empat orang lelaki yang menaiki bersama suspek menggunakan batang besi.

“Setibanya pihak polis di tempat kejadian, kesemua suspek melarikan diri namun salah seorang daripanya berjaya ditangkap. Pihak polis sedang menjalankan operasi untuk mengesan kesemua suspek yang masih bebas dan berjaya menahan dua lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Tambahnya, semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Seksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Di samping itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil memberikan keterangan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *