Menara Merdeka 118 dibina dengan hasil duit PNB?

 Menara Merdeka 118 dibina dengan hasil duit PNB?

PETALING JAYA: Tahukah anda bahawa segala penghasilan menara Merdeka 118 adalah merupakan daripada sumber kewangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perkara ini turut dikongsikan oleh bekas perdana menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak menerusi akaun rasmi Facebook baru ini.

Difahamkan menara ini merupakan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa secara rasmi dan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter.

“Bangunan Merdeka 118 ini dibina dengan duit PNB.


Duit ASB, bukan duit kerajaan atau Petronas mahupun kroni. PNB milik 100% bangunan ini, pulangan dari bangunan ini juga kembali ke penyimpan ASB,”katanya.

Tambahnya lagi, keputusan untuk membina bangunan ini adalah semasa kerajaan dibawah pimpinan parti Barisan Nasional satu ketika dahulu dengan hasil pelaburan sumber kewangan daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Menurut Najib Razak, ia juga bakal membuka peluang serta dapat menaikkan martabat nama negara pada masa akan datang.


Keputusan membina bangunan ini dibuat masa ekonomi rancak bawah kerajaan BN dahulu ketika dividen ASB tinggi secara konsisten.



“Selain membuka peluang pekerjaan dan menaikkan nama negara, ia bakal menjana pulangan jangka masa panjang yang konsisten bagi jutaan Rakyat yang simpan dengan PNB.


Ini adalah satu cara untuk membina simpanan dan kekayaan bagi golongan miskin,” ujarnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  2  =