Menambah nilai kepada “sampah” di pusat kitar semula dan beli-balik IPC

 Menambah nilai kepada “sampah” di pusat kitar semula dan beli-balik IPC

KUALA LUMPUR, 14 April — Trend mengemas dan kitar semula telah berkembang dengan baik sejak permulaan pandemik COVID-19. Ramai telah mula menyedari kepentingan persekitaran yang selesa dan lapang kerana bekerja dan meluangkan lebih banyak masa di rumah telah menjadi gaya hidup semasa. Pusat Beli-Belah IPC telah mewujudkan Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (Recycling & Buy-Back Centre, RBBC) untuk menjadi hab bagi pembuangan sisa mampan dengan perluasan barisan barangan yang boleh dikitar semula bagi menyokong komuniti dalam perjalanan kitar semula mereka.

Kempen Hijau IPC, #Panta Your Trash Away kali ini akan berlangsung sepanjang April dan Mei bagi menggalakkan individu dan keluarga untuk mengkitar semula bahan buangan mereka. Mengambil inspirasi dari warisan budaya Sweden, Pusat Beli-Belah IPC telah mengguna pakai kaedah kitar semula dinamakan ‘panta’, bermaksud memberi sesuatu dan mendapatkan wang sebagai pulangan. Di Sweden, ia adalah sesuatu yang lazim untuk memasukkan botol plastik dan tin aluminium ke dalam mesin pengumpulan di pasar raya, dan menerima ganjaran wang segera daripadanya.

Semasa kempen ini, pembeli akan menerima pulangan tunai dan hadiah eksklusif seperti RM10 B.I.G e-baucar serta collapsible lunchbox apabila mengkitar semula minimum berat (8kg) kertas, plastik atau aluminium di RBBC. Sebagai pusat beli-belah mesra keluarga, IPC juga menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai Program Kitar Semula Små Club Warriors. Selain menerima pelekat lencana sebagai tanda pengiktirafan, kanak-kanak juga akan menerima kit DIY yang mengajar kaedah menggubah bahan kitar semula menjadi karya seni yang indah.

Untuk menebus ganjaran, mereka perlu mendapati kad stem dari i-Counter terletak di Paras G di IPC, hantarkan bahan kitar semula ke RBBC terletak di ruang meletak kereta berdekan Parkir Wanita, Paras P1, dan mengumpul resit  pada setiap perjalanan kitar semula mereka. Kemudian, mereka boleh menebus ganjaran dari i-Counter.

“Apabila ramai rakyat Malaysia telah mengambil langkah untuk mengemaskan rumah mereka sejak setahun lalu, kami menyedari kepentingan mewujudkan ruang yang mudah dan kondusif bagi menggalakkan komuniti kita untuk membuang sisa mereka secara mampan. Oleh itu, dengan usaha untuk terus menjadi destinasi sehenti bagi pembuangan sisa mampan, RBBC turut mengumpul sisa buangan dan juga bahan yang boleh dikitar semula daripada buangan am sehinggalah sisa-eletronik, fabrik dan makanan untuk mengelakkan bahan buangan tersebut berakhir di tempat pembuangan sampah. Tahun ini kami juga telah mula menerima gelas dan kotak minuman Tetra Pak untuk dikitar semula di RBBC,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-Belah IPC.

Beliau menambah, “Kemampanan telah sentiasa menjadi bahagian terpenting bagi Pusat Beli-Belah IPC. Kami telah memperkenalkan sistem kitar semula kumulatif semasa kempen ini supaya pembeli boleh menerima ganjaran pada bila-bila masa sepanjang dua bulan ini apabila mereka menghantar bilangan secukupnya kertas, plastik dan aluminium. Kami berharap perluasan kategori bahan boleh dikitar semula ini dan pertambahan insentif dari kempen ini, akan mendorong individu dan keluarga untuk mengamalkan budaya baharu dan mencipta kenangan semasa mereka mengemas rumah dan mengkitar semula buangan mereka di RBBC.”

Pusat Beli-Belah IPC adalah pusat beli-belah yang dipersijilkan Indeks Bangunan Hijau. Usaha berterusan untuk mengurangkan jejak alam sekitar termasuk:

  • Pemasangan panel solar dan mentol jimat tenaga bagi meminimumkan penggunaan elektrik
  • Sistem tuaian air hujan pada bumbung untuk tujuan saliran
  • Landskap pokok sebenar di dalam bangunan bagi mengatur suhu
  • Tong-tong kitar semula di dalam pusat beli-belah bagi menggalakkan pembeli turut serta memainkan peranan mereka untuk menjaga alam sekitar

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Hijau dan Pusat Kitar Semula & Bayar Balik, sila lawat website Pusat Beli-Belah IPC atau muat turun app mobil IPC secara percuma di  Apple App Store atau Google Play Store.

 

HUBUNGI: Eugenie Lim, lime@ruderfinnasia.com, +6016 3870846

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  7