Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Memikat ketarap di dasar Tanjung Lompat

Zaki bersama tangkapannya
KOTA TINGGI: Tekak kering kehausan dek panas terik siang Ramadan menyebabkan tiga kaki pancing tegar dari Kulai tersandar dan terlantar dalam bot. Hasil pancingan pula tidak begitu lumayan sepanjang sebelah pagi. Lambungan anak ombak menyebabkan bot 27 kaki yang dipandu Adam Mat Zain itu berolak-olak. Mereka tidak ada pilihan kecuali terus bertahan dan yang pasti mereka tidak mahu meneguk air laut kalaupun keadaan terdesak.
āPuasa tidak menghalang kerana sudah begitu niat nak ke laut,ā kata NorzakiĀ Yacob kepada Wacana.my. Menyertai ekspedisi itu ialah Bong Aswad.
Zaki dan team bergerak dari pantai Tanjung Lompat di Desaru dan tidak jauh dari Tanjung Balau kira-kira jam 9 pagi dan menamatkan ekspedisi jam 5 petang.
āKami tertidur sebentar tengah hari itu untuk merehatkan badan sambil melupakan tekak yang kering kehausan,ā katanya sambil memberitahu ekspedisi dilakukan pada 16 Ramadan lalu.
Pemburuan masih tidak memuaskan sehingga ke petang. Waktu itu, kira-kira jam 4 petang. Umpan udang mati tinggal beberapa ekor sahaja. Mereka tawakal. Jika ada rezeki, seekor udang yang dipotong tiga pun mampu memberikan hasil.
Terdahulu, beberapa ekor kerapu mata biru tumpas tetapi penghuni karang sebenar yang diburu belum muncul iaitu ketarap.
Lubuk terakhir dikunjungi sebelum menamatkan pemburuan. Zaki menyifatkan lubuk sekadar di tebing pantai iaitu kira-kira 2 kilometer dari pantai.
āKami menggunakan baki udang mati sebagai umpan. Kulitnya dikupas. Inilah yang kami panggil umpan udang tohe mati kopekā¦ā katanya.
Umpan dijatuhkan ke dasar, dan disambut dengan sentapan keras dan pantas. Untuk menangani mangsa yang bersarang di batu karang, setiap sentapan mesti diuruskan dengan bijak. Kena ada kepantasan pemancing untuk bertindak balas dengan segera menggulung tali apabila mangsa mengena.
Zaki menggunakan taliĀ perambut 50lb dilengkapi dengan mata kail nombor 3. Akhirnya seekor ketarap seberat 1.3 kilogram ditumpaskan selepas kira-kira 7 minit bertarung. Sekurang-kurangnya lima kali tali perembut mereka rabut di lubuk ini. Gigi ketarap yang tajam biasanya digunakan untuk meragut batu karang. Jadi setakat tali perembut 50lb tidak menjadi hal kepada ketarap untuk memutuskan tali dan melepaskan diri.
Di lubuk itu, empat ekor ketarap dinaikkan. Ikan ketarap itu akhirnya terdampar dalam periuk dan terendam dalam kuah masak lemak cili api untuk hidangan berbuka puasa.