Membanggakan! Rupanya sistem canggih Ferrari SF90 ada sentuhan anak Malaysia

 Membanggakan! Rupanya sistem canggih Ferrari SF90 ada sentuhan anak Malaysia

SIAPA yang tak teringin nak memiliki sebuah kereta supercar dan hypercar seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Ford Mustang, Bugatti dan sebagainya.

Kereta-kereta ini menjadi mahal kerana teknologi yang diguna pakai dalam setiap perincian yang terdapat dalam kereta tersebut merupakan teknologi-teknologi yang canggih dan kebanyakannya dibuat serta dicipta oleh orang Eropah.

Namun siapa sangka rakyat Malaysia bernama Ahmad Syahid Fawzal telah berjaya mencipta rotor cooling technique yang diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar. Salah satu hasil ciptaannya itu telah digunakan didalam kereta Ferrari jenis SF90 Stradale iaitu Nombor Fawzal (Fa).

Biasa kita dengar kuantiti atau persamaan saintifik dan matematik dengan nama – nama Inggeris, sebagai contoh Nombor Reynolds Number, Prinsip Bernoulli, Segitiga Pascal dan lain-lain. Tapi kali ini nama Melayu – Nombor Fawzal (Fa) dan ianya merupakan hasil ciptaan anak Malaysia!

Nombor Fawzal adalah kuantiti tidak berdimensi yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan (convective heat transfer) atau kapasiti penyejukan (cooling capacity) dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk (design) tersebut.

Ahmad Syahid Fawzal

Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik.

Dengan adanya sistem penyejukan tambahan ini (secondary cooling system: primary cooling adalah stator cooling), lebih kuasa dapat dijana dengan reliability dan efficiency yang tidak terjejas.

Semestinya sebuah pencapaian yang membanggakan apabila melihat anak Malaysia juga mampu menghasilkan sebuah kuantiti tersendiri serta diguna pakai oleh syarikat hebat seperti Ferrari. Ini membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu menjadi penyumbang terbesar dalam automotif dunia.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *