Memang isu viral tarik perhatian ramai tapi ….. – Ruhainies

 Memang isu viral tarik perhatian ramai tapi ….. – Ruhainies


PETALING JAYA : Pelakon, Ruhainis tidak menolak kemungkinan yang mana isu tular mampu memberikan impak terhadap reputasi seseorang selebriti atau artis. 

Bagaimanapun, Ruhainies atau pemilik nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengakui isu tular atau viral mempunyai mampu menaikkan rating sesuatu karya drama atau filem.

“Tidak dinafikan perkara viral atau tular dapat menarik minat orang ramai untuk menonton, namun adakah ia berpanjangan atau seketika saja? 

“Kebanyakkannya hanya bersifat sementara dan senyap apabila drama habis bersiaran. Bagaimanapun, ia memberi kesan berpanjangan kepada artis yang terbabit dengan isu tular. 

“Apa saja kisah kontroversi atau viral akan berterusan dan boleh memberi kesan kepada reputasi seseorang artis,” kata Ruhainies.

Ruhainies mengulas mengenai isu viral ketika menyertai sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) yang bersiaran malam tadi.

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Jelas Ruhainies, dia juga pernah melalui pengalaman di mana menjadi sebahagian daripada ‘kandungan tular’ untuk menaikkan rating drama lakonannya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −    =  15