Memahami kriteria pemilihan lagu AJL36

 Memahami kriteria pemilihan lagu AJL36

Datuk Mokhzani Ismail, ketua juri AJL36

KUALA LUMPUR : Agak mencabar apabila juri netizen melontarkan komen-komen pedas menerusi media sosial
berkaitan pemilihan 12 lagu ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) musim ke-36, menunjukkan seolah pemilihan itu salah.

Program yang telah dipertontonkan di peringkat separuh akhir yang disiarkan melalui stesen televisyen swasta (TV3) baru –baru ini menjadi perdebatan di kalangan netizen. Juri netizen hanya mendengar dan meminati lagu dan artis, manakala, juri professional pula mendengar, mengkaji dan menganalisa sesuatu lagu itu.

Ketua Juri AJL36, Datuk Mokhzani Ismail berkata, pemilihan lagu bukan boleh ikut sedap dengar, juri profesional perlu mengkaji struktur ciptaan dan kreativiti, lirik, susunan muzik ,impak dalam industri muzik dan seterusnya persembahan secara langsung di atas pentas menentukan lagu tersebut layak dipertimbangkan.

“Menjurikan lagu dendangan artis yang sudah lama berada dalam pasaran tidak begitu mudah kerana perbezaan juri netizen dan profesional.

“Kita seharusnya tidak lupa dengan kreativiti pencipta yang cuba keluar dari genre balada seperti traditional komtemporari, hip hop, pop rock, pop alternatif dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Wacana.my.

Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) itu mempertaruhkan 30 buah lagu yang merangkumi pelbagai genre muzik termasuklah balada, pop rock dan hip hop dan dinyanyikan oleh para penyanyi hebat tanah air.

Pemilihan 12 lagu ke peringkat akhir dipilih oleh juri profesional yang diketuai olehnya di peringkat separuh akhir yang disiarkan secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.

Tambahnya, golongan ini adalah sebahagian daripada pengiat dalam industri, jangan “bunuh” mereka disebabkan golongan yang tidak berminat dengan genrenya atau tidak memeninati penyanyi yang tidak popular membawa lagu tersebut.

“Sejarah awal AJL menyaksikan lagu melankolik sering mendominasikan status sebagai juara AJL tetapi sejak lagu genre hip hop “ Apa Kabar’ nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne dinobatkan sebagai juara tahun AJL29 (2015) ia mula berubah.

“Kemunculan Apa Kabar, Juara AJL ke-29 ciptaan genre itu sekali lagi menyaksikan fenomena baru dalam pemilihan lagu ‘Gila” dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki dipilih kerana komposernya berani membuat pembaharuan di AJL35.

“Justeru, untuk memilih nashkah yang fresh, berkualiti akan menjadi pemangkin atau bench mark ciptaan yang bermutu untuk masa akan datang.

“Lagu yang agak kompleks daripada sudut teknikal pembikinannya tetapi tidak mengetepikan aspek komersial seharusnya dipilih dan dinobatkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi AJL 36 sebanyak tujuh belas lagu balada mendominasi daripada 30 buah lagu yang disiarkan di peringkat separuh akhir.

Mokhzani berkata, di peringkat separuh akhir, ciptaan balada dengan mud minor yang mendayu-dayu dengan nyanyian merintih cepat menggoda jiwa terutama orang Melayu.

“Bentuk (form) muzik lagu balada tiada beza dengan pendekatan pergerakan kord 1, VI, II, dan V, tetapi pada yg lebih kreatif penciptanya mampu membawa melodi keluar dari kebiasaan dengan extended chorus dan modulation,” katanya.

Katanya, sebagai ketua juri separuh akhir AJL36, mengakui semua 30 lagu adalah terbaik dalam genre masing-masing tetapi perlu diingat semua genre perlu dengan kupasan yang terperinci dari segala sudut dan kriteria.

“Pemilihan 12 buah lagu dari 30 lagu ini menepati segala bentuk genre dan memberi pengikhtirafan dan keadilan saksama pada semua pencipta, setiap lagu telah memenuhi piawaian kualiti dan mempunyai impak dalam industri selain sebahagiannya membawa pembaharuan bentuk muzik baru yang dialu-alukan,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *