Melaka kini pulih daripada banjir?

 Melaka kini pulih daripada banjir?

Sumber: Melaka hari ini.

MELAKA: Setelah beberapa hari rakyat Malaysia perlu lalui saat sukar akibat musibah banjir, kini sesetengah kawasan dilaporkan telah kembali pulih seperti sedia kala.

Semanjung Malaysia direkodkan antara yang paling teruk terkesan akibat banjir sekitar hujung tahun lalu, salah satunya negeri Melaka.

Difahamkan, keadaan banjir di Melaka telah pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin, ditutup pada jam 7 semalam.

Memetik sumber Bernama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

Sebanyak 23 PPS dibuka di negeri itu sejak 1 Januari lalu, yang menempatkan 2,744 mangsa banjir daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *