#WAAW Meer Nash kena jari tengah, disamakan tapak kaki Jimin BTS?

 #WAAW Meer Nash kena jari tengah, disamakan tapak kaki Jimin BTS?

PETALING JAYA : Penyanyi, Meer Nash terbuka menerima kecaman apatah lagi selepas dia mengambil keputusan untuk tampil dengan single yang mempunyai elemen muzik K-Pop.

Tampil dengan single berjudul Saranghae ciptaannya sendiri, Meer atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, berpendapat lagu rancak itu memberi makna yang cukup peribadi buat dirinya.

“Ada yang kutuk muka saya macam tapak kaki anggota BTS, Jimin, ada yang bagi ‘middle finger’ dan macam-macam lagi. Jadi, selepas single ini keluar pun, saya dah bersedia dengan kecaman.

“Lagu Saranghae ini adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan, lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan.

“Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan. Ada yang tanya, kenapa saya nak masukkan elemen dan frasa Korea? Selepas ICSYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay,” ujar Meer.

Tidak mudah mengalah, Meer mahu memberikan fokus kepada perkara positif dan mahu melebarkan langkah dalam bidang muzik.

Pernah menerima gelaran Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-3 tahun lalu, berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single Saranghae yang mengetengahkan irama K-Pop.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2