Media sosial adalah medan fantasi – Bella Hadid


MODEL jelita, Bella Hadid berterima kasih dengan pendedahan yang dibuat oleh penyanyi, Willow Smith yang berkongsi mengenai realiti kehidupan dan setiap individu mempunyai keunikan tersendiri.

Sebagai manusia, tidak terlepas untuk mengalami gangguan emosi seperti kerisauan, merasakan diri tidak cukup sempurna dan banyak lagi permainan minda. 


“Media sosial hanyalah medan fantasi. Jadi kepada anda yang sedang berjuang berdepan dengan dugaan dan cabaran, ingatlah bahawa anda tidak berkeseorangan. Dari saya kepada anda, ingatlah anda bukan seorang diri. 

“Terima kasih kepada Willow Smith yang membuatkan saya rasa tidak keseorangan dan kerana itu juga saya memuat naik perkongsian ini. Perasaan yang mana diri tidak cukup sempurna adalah perkara biasa. 

“Setiap manusia adalah berbeza yang mana setiap insan mempunyai keunikan dan kelainan dalam diri masing-masing. Ada kalanya manusia lupa yang manusia mempunyai rasa kosong, keliru dan tidak pasti kenapa mereka berada di sini.

“Kita akan sama-sama bangkit berdepan dengan kekurangan dan kelemahan kita. Dalam rasa kurang keyakinan diri, dalam kegembiraan, dan kita terima semuanya secara semula jadi kerana itu adalah lumrah kehidupan,” katanya. 

Dalam entri sama, Bella memuat naik beberapa foto dirinya sedang menangis, wajahnya polos tanpa solekan, jauh berbeza dengan foto atau video popularnya yang sering dikongsikan sebelum ini.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

70  −    =  60