MB Terengganu individu pertama suntik vaksin COVID-19 esok

 MB Terengganu individu pertama suntik vaksin COVID-19 esok

Oleh Mohamad Ishak

KUALA TERENGGANU, 25 Feb: Empat kenamaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah antara individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini, mulai esok.

Tiga lagi ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zahari Md Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak; dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Pengarah Angkatan Pertahanan Terengganu, Rosman Abdullah berkata, mereka akan menerima suntikan vaksin berkenaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, esok.

“Selain itu dianggarkan 15,000 barisan hadapan termasuk 530 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan turut menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa satu,” katanya pada sidang
media di sini, hari ini.

Katanya, program suntikan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 20 pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka di lokaliti masing-masing.

Sementara itu, kira-kira 16,000 vaksin COVID-19 fasa pertama tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 1.30 tengah hari ini dengan diiringi anggota polis.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, petugas barisan hadapan akan disuntik secara berperingkat bermula 2 Mac ini.

Dr Nor Azimi Yunus.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  +    =  86