Mayat seorang daripada mangsa dihanyutkan arus Sungai Pahang ditemukan

 Mayat seorang daripada mangsa dihanyutkan arus Sungai Pahang ditemukan

KUANTAN, 15 Mac — Mayat seorang daripada dua sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Pahang semalam, ditemukan di dasar sungai itu pagi ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata mayat Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, ditemukan pada 10.33 pagi oleh Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

“Mayat mangsa ditemukan di dalam sungai kira-kira 35┬ámeter dari┬álokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama┬ádi sini.

Dalam kejadian di Kampung Loyang di Sanggang, Temerloh kira-kira 141 kilometer dari sini, Mohammad Naufal Farhan dikatakan dihanyutkan arus ketika mandi, sebelum bapa saudaranya Mohd Hakim Faqih Norazmi,16, menyedari kejadian itu dan cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut namun dia juga dihanyutkan arus.

Kedua-dua mangsa difahamkan ke sungai itu bersama-sama tiga lagi anggota keluarga pada kira-kira 4.15 petang semalam untuk mandi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang Ismail Abdul Ghani berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Hakim Faqih diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian meliputi dua kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi yang ditangguhkan pada 7.30 malam semalam bersambung pada 8 pagi tadi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan dibantu PPDA Bukit Angin, katanya.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9  +  1  =