Mayat mangsa lemas di Jeti Sungai Nipah ditemui

 Mayat mangsa lemas di Jeti Sungai Nipah ditemui

SHAH ALAM, 23 Okt — Mayat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar dekat sini petang semalam, ditemukan lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Hafisham Mohd Noor dalam kenyataan berkata mayat mangsa yang dilaporkan terjatuh pada pukul 2.42 petang itu ditemukan sembilan jam selepas itu iaitu pada 11.45 malam tadi.

“Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman dua meter itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, petang semalam. – BERNAMA

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *