Mayat lelaki ditemukan dengan luka di dada

 Mayat lelaki ditemukan dengan luka di dada

ACP Mohamad Farouk Eshak

KUALA LUMPUR, 6 April — Mayat seorang lelaki berusia 30 tahun ditemukan dengan kesan luka di bahagian dada di sebuah apartmen di Taman Pandan Indah di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas katil di dalam bilik tidur apartmen berkenaan kira-kira pukul 2.00 petang.

Beliau berkata pada mulanya polis menerima maklumat daripada seseorang yang memaklumkan bahawa seorang ahli keluarganya didapati tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

“Pemeriksaan awal terhadap mayat menemukan kesan luka di bahagian dada, dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  27  =  32