Mayat lelaki ditemui tergantung di jejantas

 Mayat lelaki ditemui tergantung di jejantas

KAJANG, 28 Jun — Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan dalam sebuah kenyataan berkata pihaknya telah menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati, si mati ialah seorang lelaki berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung,” katanya.

Tambah Mohd Zaid, maklumat awal daripada waris si mati mendapati si mati disyaki dijangkiti COVID-19 dan si mati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Mayat berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak BOMBA dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

98  −    =  90