Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di Batu Pahat

 Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di Batu Pahat

BATU PAHAT, 4 Mei — Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata laporan penemuan bayi berkenaan yang diletakkan di dalam sebuah kotak itu diterima pada pukul 6.40 petang.

Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai telah ditinggalkan lebih 72 jam berdasarkan keadaan tubuh badan bayi berkenaan.

“Pihak polis telah melakukan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak itu pada 27 April lepas.

“Mayat bayi berkenaan kini dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat bagi mengenal punca sebenar kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3