Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Maxis lancar program pemerkasaan PKS menerusi peluang pendigitalan

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Maxis Bhd melancarkan program UsahaWIRA hari ini bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi peluang pendigitalan.
Maxis, dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu akan melaksanakan beberapa siri inisiatif dan isi kandungan yang bersesuaian, dengan memfokuskan program pendigitalan PKS dan insentif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.
âInisiatif ini akan memaparkan kisah kejayaan sebenar âUsahaWIRAâ (usahawan wira) yang telah meraih manfaat daripada pemberian dan penyelesaian digital bagi memberi inspirasi kepada ribuan usahawan di seluruh Malaysia,â katanya.
Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus berkata program UsahaWIRA bertujuan untuk memperkasakan PKS agar bertindak pantas dalam penggunaan teknologi digital.
âMatlamat kami adalah untuk membimbing setiap langkah mereka dan membantu mereka memanfaatkan pendigitalan, agar mereka sentiasa terkedepan dalam dunia yang sering berubah ini,â katanya.