Matrade sasar 25 syarikat peringkat pertengahan untuk sertai MTCDP

 Matrade sasar 25 syarikat peringkat pertengahan untuk sertai MTCDP

KUALA LUMPUR, 23 MacĀ — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan penyertaan 25 syarikat peringkat pertengahan (MTC) ke dalam Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong berkata sejak penubuhannya pada 2014, kira-kira 275 MTC telah menamatkanĀ kursus mereka dalam program tersebut, yang bertujuan mempercepatkan pertumbuhan eksport syarikat Malaysia di sempadan serantau dan global.

MTC ini mencatatkan peningkatan kumulatif dalam hasil eksport sebanyak RM4.9 bilion.

Pada 2019, peserta MTCDP menyaksikan hasil eksport mencecah RM14.16 bilion, menokok 22.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata beliau semasa majlis graduasi MTCDP Gelombang 6 & 7 hari ini.

Sebanyak 63 MTC mengambil bahagian dalam MTCDP pada 2019 serta 2020, dan edisi 2021 dijadual bermula pada Jun dalam program intensif selama sembilan bulan.

Secara keseluruhan, terdapat hampir 10,000 MTC di Malaysia.

”Bayangkan jika satu MTC dapatĀ membantu sekurang-kurangnya 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kesanĀ limpahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kita pasti akan berkembang melangkaui sumbangan semasa sebanyak 40 peratus,” katanya.

Menurut Lim lagi, MTC sepatutnya menjadi peneraju dalam memacu pemulihan ekonomi Malaysia.

”Saya amat percaya bahawa MTC boleh menjadi mentor atauĀ penaung kepada PKS tempatan,” katanya.

Lim berkata pandemik COVID-19 terus mengganggu pasaran, pengeluaranĀ serta rantaian bekalan di dalam dan luar negara.

Justeru, bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, MITI telah bekerjasama rapat dengan pemain industri, termasuk Syarikat Peringkat PertengahanĀ Konsortium Malaysia (MCMTC) yang mewakili suara MTC di Malaysia bagi memberikan sokongan penting kepada perniagaan melalui pakej rangsangan dan insentif.

”Kerajaan melalui beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti PENJANA, PRIHATIN, PERMAI dan PEMERKASA telah memberi penekanan terhadap pendigitalan sebagai salah satu elemen baharu untuk meningkatkan daya saing syarikat Malaysia, termasuk MTC,” katanya.

Geran Automasi Pintar di bawah MIDAĀ merupakan salah satu inisiatif yang telah ditawarkan kepada MTC, yang mana geran maksimum sebanyak RM1 juta bagi setiap syarikat akan diberikan.

”Dengan pengumuman Perdana MenteriĀ baru-baru ini, mengenai peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk Geran Automasi Pintar di bawah PEMERKASA, saya berharap lebih banyak MTC akan mengambil peluang ini bagi mengubah perniagaan mereka ke arah kecekapan operasi dan pembuatan melalui proses berteknologi tinggi,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Matrade, Tan Sri Halim Mohammad berkata daripada 275 peserta MTCDP,Ā 62 peratus (172 MTC) datang daripada sektor pembuatan, manakala 38 peratus atau 103 MTC terlibat dalam sektor perkhidmatan.

Berdasarkan sektor, 52 MTC terdiri daripada sektor elektrik dan elektronik, 45 daripada minumanĀ dan makanan, 26 daripada pembinaan bangunan, manakalaĀ 20 MTC daripada industri automotif.

”Saya percaya mereka boleh menyumbang lebih kepada KDNK negara,” katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  5  =