• Monday, 21 June 2021, 2:44 am

MATAF mohon sumbangan siapkan maahad tahfiz

 MATAF mohon sumbangan siapkan maahad tahfiz

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Pembangunan fasa dua Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi’uni (MATAF) di Air Hitam, memerlukan pembiayaan kira-kira RM320,000 daripada orang ramai mahupun institusi.

Fasa kedua itu melibatkan pembinaan kuarters guru (tiga unit), bilik IT, bangunan pejabat serta infrastruktur dan landskap.

Pengerusi MATAF, Raja Abdul Rahim Raja Hassan

Pengerusi MATAF, Raja Abdul Rahim Raja Hassan berkata, kuarters guru untuk menempatkan tiga  ustaz dan 50 pelajar lelaki.

Katanya, fasa pertama pembangunan MATAF melibatkan pembinaan tiga bangunan utama iaitu asrama, surau dan kelas serta kantin bagi menampung keperluan 50 pelajar, yang dijangka siap pada akhir Jun ini.

Maahad tahfiz ini dibina di atas tapak seluas satu ekar dan pembinannya bermula sejak November 2020. Kerja-kerja pembinaan bangunanfasa pertama itu giat dilaksanakan dan mencapai 75 peratus siap. Ia menelan kos RM450,000.

MATAF telah didaftarkan pada 26 Ogos 2020 (202003218935-003152755-D). Selain untuk penempatan ustaz dan pelajar, maahad tahfiz ini akan mempunyai pasukan pentadbiran iaitu seorang Pengerusi, dua kerani, seorang tukang masak dan seorang pembantu am.

Raja Abdul Rahim berkata, MATAF dijangka memulakan pengajian Ogos ini yang antara lain meliputi hafazan al-Quran, pengajian kitab, IT serta pembangunan karektor membabitkan pelajar yang berusia 13 tahun.

“Sasaran kami, setiap pelajar akan khatam Quran 30 juzuk untuk tempoh tiga tahun. Mereka juga akan belajar mengenai Pengajian Kitab dan Syahadah sebelum mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada usia 18 tahun.

“Selepas SPM, kami akan mengikut cadangan dan nasihat Pejabat Pendidikan Islam Daerah untuk menentukan pilihan tempat pengajian tinggi pelajar kami selepas itu,” katanya.

Mengenai kegiatan kokurikulum, beliau berkata, pelajar ada kegiatan di padang memanah, belajar IT dan riadah di padang bola. Pelajar juga boleh menanam sayur di tanah setengah ekar yang disediakan.

“Dalam masa yang sama, MATAF akan sentiasa mengikuti perkembangan program atau jurusan yang berkaitan untuk pelajar bagi pembelajaran yang lebih tinggi  jika mereka meneruskan pengajian di peringkat universiti selepas ini. Ia akan diuruskan oleh seorang guru sebagai penasihat dan mengenal pasti bidang yang diminat setiap pelajar,” katanya.

Katanya, MATAF akan membuka pendaftaran bila tiba masanya dan yuran akan dikenakan kepada setiap pelajar.

Untuk Sumbangan dan Infaq: 
Maahad Tahfiz Fattabi Uni
Bank Muamalat: 0104-0006699-71-6
Maybank: 551061331119

Untuk keterangan lanjut hubungi: 019-7763323.

 

 

 

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *