Maszlee Malik sertai PKR

 Maszlee Malik sertai PKR

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Bekas Menteri Pendidikan era kerajaan Pakatan Harapan, Maszlee Malik menyertai Parti Keadilan Rakyat.

November 2020 menyaksikan Maszlee menjadi Ahli Parlimen bebas selepas dipecat oleh Bersatu kemudian keluar dari Pejuang yang sedang dibentuk ketika itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu akan membuat pengumuman rasmi penyertaannya sebagai ahli PKR.

Menurut sumber daripada PKR Simpang Renggam, penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Malah terdapat sumber mendakwa, Maszlee juga akan serahkan 500 borang keahlian baru kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebanyak 20 ranting baru PKR akan ditubuhkan di Simpang Renggam.

Maszlee sebelum ini dikenali sebagai seorang ahli akademik BERSATU, bertanding pada PRU-14 di Parlimen Simpang Renggam, dan memenangi kerusi berkenaan.

Maszlee seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 semasa PH menjadi kerajaan Persekutuan,

Maszlee juga mengumumkan telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 6 jANUARI 2019.

Manakala pada 2 Januari 2020, beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada keesokan harinya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  +    =  20