• Monday, 21 June 2021, 3:54 am

Masyarakat Orang Asli tak perlu takut suntikan vaksin COVID-19

 Masyarakat Orang Asli tak perlu takut suntikan vaksin COVID-19

Masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Jerantut.

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 31 Mei – Dihidangkan dengan berita tidak tepat oleh pelbagai pihak menjadi faktor utama ramai masyarakat Orang Asli di Pahang tidak berminat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, kini hanya kira-kira 500 masyarakat Orang Asli yang telah menerima suntikan vaksin berbanding 3,000 yang mendaftar sejak program berkenaan diperkenalkan kerajaan.

Menurutnya, di negeri ini ada seramai 54,000 masyarakat Orang Asli yang layak untuk menerima suntikan vaksin itu namun sambutan yang diterima amat rendah disebabkan pengaruh cerita yang tidak benar.

Katanya, aktiviti promosi dan sesi penerangan di seluruh negeri dijalankan berterusan menggunakan pelbagai cara seperti media sosial, elektronik dan cetak.

“Sehingga hari ini, 15, 000 borang persetujuan menerima suntikan vaksin COVID-19 diedarkan dan kita jangkakan 54, 000 borang diedarkan menjelang Oktober.

“Saya sudah mengarahkan pegawai JAKOA daerah supaya mempergiatkan lagi usaha pendaftaran dalam memastikan matlamat kerajaan tercapai,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

JAKOA terus berusaha menarik minat masyarakat Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, kempen secara langsung di kampung pendalaman terus dilakukan menggunakan kaedah pendaftaran secara borang manual, pegawai JAKOA akan membantu mengisi selain menguruskan pengangkutan.

Johari menambah, kebanyakkan masyarakat Orang Asli dilihat terlalu terpengaruh dengan berita tidak benar mengenai vaksin COVID-19 yang tersebar di medial sosial.

Katanya, selain mendaftar melalui JAKOA terdapat masyarakat Orang Asli yang daftar melalui MySejahtera dan petugas barisan hadapan.

“Kerajaan Pahang menyediakan 1,000 kuota untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 namun masih belum digunakan sepenuhnya.

“Saya merayu supaya semua masyarakat Orang Asli di negeri ini yang layak segeralah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, mereka tidak perlu takut dan bimbang.

“Mereka tidak seharusnya terpedaya dan percaya dengan cerita palsu mengenai vaksin yang disediakan kerajaan, jagalah diri dan keluarga serta masyarakat Orang Asli,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *