Masjid Lapan Kubah ala bangunan di Moscow

 Masjid Lapan Kubah ala bangunan di Moscow

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 12 Feb: Jika Rusia megah dengan St Basil Cathedral di Moscow, masyarakat Islam di Terengganu khususnya di Besut pula bangga kerana adanya Masjid Lapan Kubah yang berwarna-warni dan unik  seni binanya.

Berdiri gah di kawasan sawah padi di Kampung Lapan Kotak, dekat sini, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan luar Terengganu.

Kesedaran beribadah dengan menderma selain semangat muafakat dan kerjasama antara penduduk akhirnya terbina sebuah masjid yang kini menjadi simbol perpaduan serta kemegahan penduduk Kampung Lapan Kotak.

Masjid berkonsepkan wakaf itu mengambil sempena nama Kampung Lapan Kotak itu, dibina hasil sumbangan penduduk dan masyarakat Islam daerah Besut.

Cetusan idea yang berkonsepkan seni bina sebuah bangunan sejarah di Rusia dan diadunkan dengan seni bina Islam tempatan kini menjadi masjid yang unik dan cantik.

Mat Din Mohamed

Bendaharinya, Mat Din Mohamed, 60, berkata masjid itu dibina di tapak 1.4 hektar yang sebahagiannya diwakafkan seorang penduduk, manakala baki dibeli dengan sumbangan pihak tertentu.

Kerja awal pembinaan masjid itu dilakukan pada Disember 2013 selepas semua urusan tanah selesai. Ia dibina secara gotong-royong oleh penduduk manakala sebahagian lagi diserahkan kepada kontraktor tempatan.

Masjid itu melakar sejarah kerana menjadi masjid rakyat pertama di Besut yang dibina hasil derma dan sumbangan orang ramai. Ia mampu memuatkan 500 jemaah pada satu masa.

Mohamed berkata, setakat ini, kos pembinaan masjid itu menjangkau RM4 juta dan masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan landskap bagi menceriakan persekitaran.

Pejabat Agama Daerah Besut membuat pengistiharan pada 3 Julai 2016 mengiktiraf premis berkenaan sebagai masjid dan seminggu kemudian kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat pertama.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −  20  =