• Thursday, 17 June 2021, 1:10 pm

Masalah feri ke Langkawi, Kedah bincang dengan Kementerian Pengangkutan,MKN

 Masalah feri ke Langkawi, Kedah bincang dengan Kementerian Pengangkutan,MKN

ALOR SETAR, 1 Jun — Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyelesaikan masalah pengangkutan feri untuk penduduk Langkawi yang bekerja di tanah besar.

Eco Pengangkutan negeri  Azman Nasrudin berkata ia berikutan aduan yang diterimanya berkaitan perkara itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar.

“Pada pagi tadi, saya menerima aduan serta makluman di Facebook mengenai masalah pengangkutan penduduk Langkawi yang bekerja di tanah besar di Kedah untuk pulang ke Langkawi serta yang terkandas di jeti.

‚ÄúPerkhidmatan feri Kuala Kedah (ke Langkawi) tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPD yang dilaksanakan di daerah Kota Setar ketika ini,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan MKN itu bagi mencadangkan penduduk Langkawi yang bekerja di tanah besar untuk menggunakan perkhidmatan feri pengangkutan (RORO) di Kuala Perlis, Perlis dengan kapasiti dan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Kota Setar dikenakan PKPD mulai 19 Mei lepas hingga hari ini sebelum kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh itu hingga 15 Jun.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *