Mas Ermieyati utamakan pendidikan, fokus kebajikan rakyat

 Mas Ermieyati utamakan pendidikan, fokus kebajikan rakyat


MASJID TANAH : Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin antara nama besar yang menjadi perhatian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon parti lawan menjadikan DUN tersebut sebagai tumpuan dan dianggap sebagai kawasan panas.

“Fokus utama adalah untuk berjumpa seramai mungkin pengundi tetapi apabila keadaan terbatas, saya guna pendekatan dari satu kedai ke satu kedai.

“Saya melihat manifesto PN yang diumumkan sebagai satu komitmen termasuk saya sendiri. Saya akan beri komitmen seperti mana saya lakukan sebagai wakil rakyat Masjid Tanah. 

“Untuk agenda ekonomi, kita akan lihat bagaimana dan apa yang boleh dilakukan untuk warga DUN Tanjung Bidara setelah terkesan dengan pandemik Covid-19. 

“Ini termasuk mengalakkan anak-anak muda menceburi bidang ekonomi sekali gus mendidik mereka supaya tidak bergantung harap kepada makan gaji semata-mata tetapi berusaha untuk menjadi usahawan,” katanya.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – satu jawatan yang dilihat memberi kelebihan kepadanya untuk dipilih oleh pengundi bagi kerusi tersebut.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  +    =  56