Mas Ermieyati mampu mencetuskan perubahan senario politik – Che’gu Bard

 Mas Ermieyati mampu mencetuskan perubahan senario politik – Che’gu Bard

MELAKA, 19 Nov — Melaka negeri bersejarah, peranan Srikandi tercatat kemas. Nama seperti Tun Fatimah ataupun Tun Teja merakam sejarah peranan dan sumbangan sangat bermakna dalam pembinaan sejarah bangsa.

Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Badrul Hisham Shaharin berkata, peranan wanita kian berubah seiring dengan peredaran masa dan golongan ini berupaya menggalas tanggungjawab besar bukan sahaja untuk menjadikan Melaka bahkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan progresif.

“Langkah Perikatan Nasional untuk menamakan seorang wanita sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang ke-13 adalah merupakan satu lagi langkah progresif setelah sebelum ini mengangkat seorang wanita sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Mas Ermieyati bukanlah nama asing dalam kepimpinan politik tanahair. Beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman pentadbiran Kerajaan.

Badrul Hisham Shaharin

Menurut Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard berkata, gaya kepimpinan yang ditonjolkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan golongan wanita ini tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang besar.

Saya yakin Mas Ermieyati mampu mencetuskan perubahan kepada senario politik tanahair.

“Ramai orang kagumi Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand khususnya penyokong Pakatan Harapan.

Kini peluang di depan mata. warga Melaka perlu mengangkat wanita sebagai Ketua Menteri yang pertama dengan mengundi dan memberikan kemenangan kepada Perikatan Nasional pada 20 November nanti.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  45  =  55