Marsah dinaik taraf jadi Kolej Universiti Islam

 Marsah dinaik taraf jadi Kolej Universiti Islam

JOHOR BAHRU: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) bakal dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Islam Johor bagi meningkatkan kredibiliti pusat pengajian itu dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri komited meningkatkan mutu dan sistem pendidikan Islam di negeri ini, khususnya di peringkat pengajian tinggi yang menjadi teras penting dalam pembangunan dan kemajuan pendidikan Islam. 

Menurutnya, penubuhan Marsah adalah seiringan manifestasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan golongan graduan yang bertauliah. 

“Usaha menaik taraf Marsah sebagai kolej universiti adalah langkah yang terbaik dan menjadi penghubung kemajuan pendidikan serta hubungan sosial antara negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Barat. 

“Saya percaya, kemajuan pendidikan dan penyediaan institusi ini dapat melahirkan 

Hasni menyampaikan anugerah Menteri Besar Johor kepada Muqarrabah Labiibah Sadini sebagai graduan terbaik pada Istiadat Konvokesyen Marsah Ke-20 di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Da’i, Ulama dan Umara’ demi pembangunan ummah,” katanya pada Majlis Istiadat Konvokesyen Marsah Ke-20 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi dan Rektor Marsah, Prof. Madya Dr. Hussin Salamon.

Pada istiadat konvokesyen itu, seramai 835 graduan menerima skrol pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang dan pengkhususan.

Dalam pada itu, Hasni berkata, Marsah perlu mengorak langkah komprehensif serta diberikan peluang mengambil bahagian sebagai perintis kepada sebuah institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan bakat dan kemahiran digital.

Katanya, graduan Marsah sewajarnya mampu bersaing dalam pasaran kerja menerusi bakat dan kemahiran digital selari dengan kehendak dan keperluan global.

“Justeru, Marsah perlu lebih optimis membantu kerajaan menjana pembangunan insan yang dapat membawa keuntungan kepada semua pihak, khususnya dalam bidang akademik dan intelektual. 

“Marsah mampu membangunkan dan memperkasakan pendidikan Islam ke arah 

menjadi sebuah kolej universiti bertaraf antarabangsa,” katanya. 

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *