• Friday, 18 June 2021, 2:14 am

Maritim tahan dua kapal, sebuah bot asing berlabuh tanpa kebenaran

 Maritim tahan dua kapal, sebuah bot asing berlabuh tanpa kebenaran

Maritim Johor menahan sebuah kapal tangki, bot tunda dan kapal tongkang kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam. Foto WMY

JOHOR BAHRU, 8 Jun — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dengan menahan masing-masing sebuah kapal tangki, bot tunda dan kapal tongkang kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam.

Penahanan tersebut dilakukan dalam Ops Jangkar Haram jam 12 tengah hari pada kedudukan 1.8 batu nautika timur Tanjung Ayam dan 12 batu nautika timur Tanjung Siang.

Penahanan tersebut dilakukan dalam Ops Jangkar Haram jam 12 tengah hari pada kedudukan 1.8 batu nautika timur Tanjung Ayam dan 12 batu nautika timur Tanjung Siang.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penahanan pertama melibatkan bot tunda dan kapal tongkang yang dikendalikan lima kru warga Indonesia berumur antara 29 tahun hingga 50 tahun.

“Penahanan kedua pula dilakukan terhadap kapal tangki yang dikendalikan 21 kru warga Indonesia berumur antara 23 tahun hingga 58 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot tunda itu berdaftar di Singapura ditahan bersama-sama kapal tongkang, manakala kapal tangki pula berdaftar di Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

penahanan pertama melibatkan bot tunda dan kapal tongkang yang dikendalikan lima kru warga Indonesia berumur antara 29 tahun hingga 50 tahun.

Katanya, kedua-dua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh serta pemakluman ketibaan di perairan Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesalahahan maritim atau mengalami kecemasan semasa berada di lautan boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor menerusi 07-219 9404 atau talian kecemasan MERS 999.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *