Maritim Malaysia selamatkan lima warga Indonesia

 Maritim Malaysia selamatkan lima warga Indonesia

Maritim Malaysia Negeri Johor menyelamatkan lima warga Indonesia dalam kejadian bot karam yang dikesan di Perairan Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menyelamatkan lima warga Indonesia daripada lemas.

Kesemua mangsa diselamatkan dalam kejadian bot karam di perairan Batu Pahat, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat awal daripada Vessel Traffic System (VTS) Klang mengenai penemuan sebuah rakit keselamatan dinaiki mangsa mangsa terbabit.

Kesemua mangsa dikesan oleh sebuah kapal kargo yang sedang melalui Selat Melaka pada kedudukan 11.4 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Batu Pahat jam 12.35 tengah hari.

“Bertindak atas aduan, bot PETIR 51 telah diatur ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 44 tahun.

“Sebaik tiba di lokasi, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian. Mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, kesemua mereka dalam perjalanan dari Pulau Nipah menuju ke Batam, Indonesia sebelum bot kayu yang mereka naiki mengalami kebocoran dan karam kira-kira jam 1 pagi semalam.

Sebuah kapal dagang telah menjumpai mereka pada jam 1.15 pagi semalam dan memberikan rakit keselamatan kepada mereka sebagai bantuan awal kecemasan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat bagi siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  4  =