• Friday, 18 June 2021, 1:55 am

Marin rampas rokok seludup bernilai RM107,500

 Marin rampas rokok seludup bernilai RM107,500

Seorang lelaki ditahan semasa memungah rokok seludup dari kenderaannya di Jalan Seni Lorong 1, Senai, Johor Bahru malam kelmarin.

JOHOR BAHRU, 10 Jun – Seorang lelaki berputih mata apabila kenderaannya yang membawa 250 karton rokok seludup dirampas dalam Ops Kontraban oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan di Jalan Seni Lorong 1, Senai, di sini malam semalam.

Komander PPM Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, serbuan dibuat semasa lelaki berusia 29 tahun itu sedang memunggah sejumlah kotak berwarna coklat di bahagian belakang kenderaan miliknya.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah kotak rokok disyaki tidak bercukai kastam bernilai lebih RM37,500.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Ford Ranger yang dipercayai digunakan sindiket tersebut. Anggaran keseluruhan nilai rampasan dalam operasi ini berjumlah RM107,500,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semua barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Kejayaan itu adalah hasil maklumat serta risikan serta pemantauan berterusan selama 48 jam oleh pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua Tampoi.

Dalam pada itu, PPM Wilayah Dua akan sentiasa meningkatkan operasi dan memperketat pengawalan terutamanya di perairan negara daripada dibolosi sindiket penyeludupan yang dilihat sentiasa mengubah taktik bagi mengelakkan dikesan dan ditangkap pihak berkuasa.

PPM Wilayah Dua Johor turut meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat tentang kegiatan atau aktiviti menyalahi undang-undang di pesisiran pantai menerusi talian 07-2372221.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *