Mara Liner tawar diskaun 10 peratus tiket sehala

 Mara Liner tawar diskaun 10 peratus tiket sehala

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Mara Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus pembelian tiket dalam talian bagi perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn. Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, promosi tersebut memberi peluang individu yang dibenarkan untuk rentas daerah serta negeri fasa satu dan dua selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Individu yang lengkap menerima dua dos vaksin, pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan perlu mendapat pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mara Liner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) Covid-19, seperti sanitasi bas dilaksanakan sebelum dan selepas perjalanan.

“Pemeriksaan sijil vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zachary Ismail berkata, Mara Liner amat memahami betapa sukarnya untuk menempuhi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara tanpa insan tersayang.

Promosi yang berlangsung hingga 30 September ini boleh dimuat turun menerusi aplikasi Mara Liner Mobile Apps melalui Google Play dan Apps Store.

Orang ramai katanya, boleh membuat tempahan dalam talian dengan melayari http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket Mara Liner. Bagaimanapun, promosi ini tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter.

Sehubungan itu katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 03-2697 9797, TBS Hotline 03-9051 2000 atau melalui e-mel info@maralinergroup.my.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  3  =  1