MAQIS tahan 1.3 tan metrik udang harimau tanpa permit

 MAQIS tahan 1.3 tan metrik udang harimau tanpa permit

MAQIS merampas 1.3 tan metrik udang harimau sejuk beku dari sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), mslam tadi.

ISKANDAR PUTERI, 14 Ogos — Cubaan mengelirukan pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan memberikan maklumat tidak tepat melibatkan udang harimau dibawa sebuah lori berjaya dihidu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini malam tadi.

MAQIS dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil siasatan pada jam 11.30 malam itu menemukan 1.3 tan metrik udang harimau sejuk beku tanpa permit eksport ke Singapura.

Pemeriksaan terhadap udang harimau sejuk beku itu yang diikrarkan oleh ejen penghantaran sepatutnya membawa hanya 3,880 kilogram udang tersebut di laluan lori eksport.

MAQIS mendapati sejumlah 5,200 kilogram udang harimau sejuk beku berada dalam lori tersebut melebihi kuantiti yang diikrarkan.

Kesemua 1,320 kilogram (kg) undang sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM6,600 ditahan untuk tindakan lanjut.

Perbuatan mengeksport sebarang jenis keluaran pertanian dengan memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pemeriksaan adalah suatu kesalahan.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  7