Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Maqis rampas 27 tan produk babi Denmark

Maqis menahan kontena membawa 27 tan metrik perut babi sejuk beku dari Denmark di PTP, kelmarin.
Oleh Nurman Nasyriq
ISKANDAR PUTERI, 22 April – Cubaan sebuah syarikat dengan memalsukan dokumen import bagi mengelirukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) gagal selepas sebuah kontena produk babi dari Denmark dirampas kelmarin.
Dalam pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguasa Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini pada jam 10.30 pagi mendapati kontena tersebut membawa masuk 27 tan metrikĀ perut babi beku.
Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim memberitahu, nilai produk babi itu dianggarkan RM315,520.
āHasil pemeriksan lanjut ke atas kontena tersebut mendapati āsealā pada kontena tersebut tidak sama seperti dalam ābil of ladingā yang telah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa Maqis.
“Kesemua produk perut babi tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.